Saturday, 15 August 2015

[MESTI TENGOK] Pelajar Sekolah Melahirkan Anak Dalam Kebun Dengan Masih Lengkap Berpakaian Seragam Sekolah..






$%Sungguh miris pergaulan anak sekolah jaman sekarang. Seorang siswi SMK swasta di Kota Tangerang, inisial ID melahirkan bayi laki-laki di kebun warga, Kelurahan Cimone Jaya, Kecamatan Karawaci, Kota Tangerang, Rabu (26/11/2014) lalu.

Berdasarkan informasi warga awalnya berboncengandengan temannya yang sama-sama masih mengenakan seragam sekolah. Tiba-tiba saja, ia turun dari motor dan masuk ke kebun.

Saat dihampiri warga, lanjut khairul, kondisi ID sudah lemah dan banyak mengeluarkan darah. Sementara bayinya terlihat masih terlilit tali pusar.

“Langsung dipanggil warga lain dan dibawa ke rumah sakit,” tuturnya.

“Awalnya ibu saya yang lihat. Dikira anak itu mau buang air kecil di kebun, tapi pas dilihat dia melahirkan,” kata seorang warga, Khairul Anwar seperti dikutip Okezone.

Petugas Rumah Sakit (RS) Melati, Eva Kusnilawati, mengatakan ID datang sekira pukul 13.00 WIB. Saat ini kondisinya masih lemah dan trauma. “Bayinya selamat,” terangnya.

Kepala Sekolah PGRI 1 Kota Tangerang Aef Gumiwa mengaku belum mengetahui secara jelas peristiwa yang dialami ID. Namun berdasarkan ketentuan tertulis, siswa dan siswi SMK PGRI 1 dilarang kawin/menikah.

“Dengan aturan tata tertib itu, sudah jelas ya, sudah gugur dengan sendirinya,” katanya 

Komen:


Ketika Zina dan Riba telah Merajarela di suatu kaum maka kaum tersebut telah menghalalkan azab Allah untuk diri mereka sendiri Sahabat Muslim, gambar tersebut merupakan bukti bahwa semakin jauh kita dari aturan Allah maka semakin hancurlah kehidupan kita. Pendidikan yang kapitalistik,liberal dan sekuler telah menjauhkan Islam dari generasi muda kita. Sudah sewajarnya Umat Islam Indonesia bertaubat karena tidak menjadikan Islam sebagai sistem yang mengatur kehidupan. Dan menyegerakan diri untuk menerapkan syariat Islam. Apakah fakta seorang Siswi Tangerang yang melahir dikebun ini belum cukup sebagai peringatan..?

Inilah buah Liberalisme (Kebebasan) dalam pergaulan..

Kenapa semakin banyak kita dapatin kondisi yang memprihatinkan generasi anak negeri saat ini? Mereka sendiri belum pantas mendapatkan perlakuan seperti ini.

Namun kita pun menyadari bahwa seusia mereka sudah mengenal istilah pacaran. dan seusia itu pun , kondisi pubertas mereka sudah stabil.

Sayangnya mereka tidak diberikan pemahaman yg benar akan pergaulan yg benar di dalam Islam...

Kekuatan yg terbesar untuk menanggulanggi masalah ini ada pada negara.. fungsi negara membuat peraturan dan pemahaman bagi generasi anak didik.

Saatnya sistem pemerintahan Islam yang mampu mengatur permasalahan ini,. InsyaAllah pergaulan antara laki2 dan perempuan bisa dijaga.

Punca Utama Hazami Jatuh Sakit Mendadak Akhirnya Terbongkar ! Rupa-rupanya ia berpunca dari...



GOMBAK: Penyanyi Hazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia.

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, berkata, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.

"Saya mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan.

"Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.

"Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital," katanya. yang ditemui di kediaman ibunya di Gombak, petang Jumaat.

Terdahulu Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada 6 Ogos lalu akibat mengalami pendarahan usus.

Dalam pada itu, Hazami turut mendedahkan meminum terlalu banyak kopi pekat juga adalah sebahagian punca dia mengalami penyakit tersebut. Sejak pulang dari hospital beberapa hari lalu, dia mula belajar mengambil pemakanan yang lebih sihat.

"Ini satu pengajaran besar buat diri sendiri. Cuma susah juga nak biasakan diri makan banyak kali dalam sehari.

"Alhamdulillah, keluarga banyak menyokong dan membantu saya untuk makan secara teratur. Saya perlu berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni," ujarnya.



Sementara itu, Hazami berkata, sejak terlantar di hospital, dia mula sedar bahawa rakan-rakan dan keluarga sentiasa di sisi, tidak seperti yang digambarkannya iaitu melawan penyakit seorang diri.

"Saya selalu menganggap tiada siapa yang akan berada di samping kita kecuali keluarga terdekat ketika kita dalam kesusahan.

"Tetapi saya silap. Rakan-rakan, keluarga dekat dan jauh termasuklah pelajar-pelajar saya bersilih ganti datang melawat dan memberi semangat kepada saya.

"Melalui pengalaman ini juga membuatkan saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih positif selain mendekatkan diri kepada Allah," tuturnya.



Terdahulu Hazami menerima kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez yang turut memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepadanya.

Penyanyi Rozita Rohaizat turut hadir melawatnya.

Hazami adalah pemegang Ijazah Kejuruteraan Reka Cipta dari Universiti Brunel, London dan popular dengan lagu Sonata Musim Salju.

Kad Undangan Kahwin Azwan Ali Dan Azalina Othman, Ini Respon Mengejutkan Dari Azalina

BARU-BARU ini, tersebar satu gambar lucu di media sosial yang memaparkan ‘kad undangan perkahwinan’ antara Datuk Seri Azalina Othman Said dengan selebriti Azwan Ali yang diedit.

Gambar tersebut ternyata mencuit hati netizen apatah lagi memperlihatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru itu sedang mendukung Azwan Ali.

Azalina yang menyedari dirinya telah dijadikan ‘bahan’ oleh sesetengah individu, telah memberi respon yang membuatkan ramai kagum dengan jawapannya.

Menerusi Instagramnya, Ahli Parlimen Pengerang itu menyatakan apa yang berlaku itu merupakan asam garam sebagai seorang yang terlibat dalam politik.

“Hahaha…Nak buat macam…Asam Garam Politik, #hariharikenakutuk#kipidap #dungibap,” kongsinya di laman sosial berkenaan.

Apa-apa pun gambar tersebut hanyalah gurauan dan hiburan semata-mata, biasalah orang dikenali ramaikan.

Cuba bayangkan bagaimana Azwan Ali yang memberi respon mengenai gambar lucu tersebut?

Mungkin individu yang menyebarkan ‘kad undangan’ tersebut akan dimaki hamun sampai disumpah masuk neraka kot.

Ibu Tunduk Menangis Kutip Cebisan Daging Dan Otak Anak Digilis Lori



KAJANG - Sayu, seorang ibu tunduk menangis sambil mengutip cebisan-cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi semalam, mangsa hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat.. 

Kemalangan di Taman Sri Nanding itu telah meragut nyawa Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15 dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.

Ibu mangsa yang berkerja sebagai jururawat mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpul cebisan mayat anaknya.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi sebagai kerja sambilan untuk mencari duit poket sempena musim cuti sekolah.

Tak Tahan Dipukul, Isteri Rahim Buat Laporan Polis



Pelawak terkenal, Rahim yang juga bekas ahli kumpulan R2 dan Sepahtu didakwa memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham.

Menurut laporan Harian Metro, Rahim dikatakan memukul isterinya di muka, kepada dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya itu. Betul ke?


Laporan polis telah dibuat

Isteri Rahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut namun mengakui ada membuat laporan polis di Balai Sri Muda Shah Alam.

Menurut laporan polis tersebut, si pengadu memberitahu dirinya dipukul akibat suaminya tidak berpuas hati apabila isterinya keluar tanpa pengetahuan.


Rahim nafi pukul isteri

Rahim bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tambahnya memang ada pertengkaran antara dia dan isteri namun tidak memukul.

Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri).

Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai.